[4] Nota hamba

Leave a comment

Hati ini mudah cair dan tersentuh dengan kebaikan & kesantunan insan-insan yang murni jiwa & santun kata.  

Tetapi, kalau difikir dalam-dalam, apatah lagi kebaikan & kesantunan ALLAH kepada hamba selama ini. Kalau betul-betul diamati, bukan sekadar akan tersentuh & terbuai. Malah akan membuat hamba jatuh cinta berkali-kali!

_ _ _

hati berbunga-bunga, mengenangkan Maha Pencinta…”
#310113 – Sepang | 64000.

Advertisements

Berkata yang cantik atau…

Leave a comment

diam, untuk menjemput ilham...

diam, demi menjemput ilham dan faham…

Bismillah.

Lama pena atas talian ini terhenti. Adakah bermaksud lama juga tadabbur ditinggalkan? Semoga tidak. Ya, ada ketika kita tenggelam dengan urusan dunia yang rencam. Namun tidaklah bermaksud waktu-waktu untuk mempelajari, mentadabburi ataupun untuk menekuni hayat ini telah terhenti. Bukanlah sebegitu.

Syukur, mata masih tegar menekuni. Hati masih gigih merenungi. Mungkin, hamba dalam tempoh waktu merehatkan sebentar gesek pena ini agar tak melorek isi yang tak bermanfaat. Dalam waktu-waktu terdekat ini juga, banyak ketika tercetus di fikir ini tentang menjaga lisan. Memelihara lidah. Agar tiada yang dilukai, ditusuk, ditabrak dan disiat-siat oleh daging paling lembut tak bertulang ini. Allah…tiba-tiba jadi gementar yang amat  saat mengenangkan lidah hamba ini yang masih tak terjaga.

Terlalu banyak bukti yang mengukuhkan yang ramainya yang bakal menjadi bahan azab neraka yang celaka itu adalah dari mereka yang tidak menjaga organ yang satu ini. Aduhai, Ya ALLAH, bantulah hamba menghiasi lisan ini dengan kalam-kalam yang harum, pesan-pesan yang menyegarkan dan  zikrullah yang mewah. Kurniakan ia kekuatan untuk diam andai tiada kebaikan untuk dilafazkan.

Bantulah lisan ini agar selalu basah dengan Al-Quran dan ratib doa. Agar nanti lantunannya cumalah mutiara-mutiara yang menyembuhkan bukan hiris pedang beracun yang memedihkan. Ya ALLAH, didiklah hati agar hamba kuat mendidik lisan ini. Kerana untuk mendidik lisan, yang pertama mesti dibentuk dan dirias mestilah hati. Hati yang keras menumbuhkan lisan yang kasar. Sebaliknya, hati yang jernih akan menumbuhkan lisan yang lembut dan ‘bersih’. Lembut dengan segala kata-kata yang sarat hasanah. Bersih pula pada mengungkap buah tutur yang indah-indah.

Semoga, kita seiring sama mengasah upaya untuk bersungguh pada membumikan mafhum hadith Rasulullah sollallahu ‘alayhi wasallam ini:

 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ

“Siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir (hari Qiamat) hendaklah dia berkata baik atau diam…”

(Riwayat Bukhori & Muslim)

Oh alangkah, ia pembuktian sebagai seorang mukmin rupanya!

Aduhai Ya ALLAH, hamba tak akan mampu kecuali denganMU.  Ayuh, kita usahakan kuat-kuat…

[3] Nota hamba

Leave a comment

Menurut hemat hamba dhoif ini, di dalam apa jua jenis perdebatan,

Yang pasti dan tetap akan menang adalah yang paling kuat untuk bertenang dan paling indah akhlaknya.

_ _ _

“Otot yang paling kuat pada seorang manusia adalah lidah. Peliharalah!…”

#180313 –  Jalan Gombak | 53100