[12] Nota hamba

Leave a comment

Saat DIA mengambil sesuatu daripadamu.

Sebetulnya,

DIA sedang menghulurmu sesuatu, sesuatu & sesuatu.

Amati.

_ _ _

” untuk ALLAH, mengambil maksudnya; adalah untuk DIA memberi lebih banyak…”
#Taman Ilmu & Adab| 53100.

Advertisements

[11] Nota hamba

Leave a comment

Nilainya dunia tidaklah lebih berat daripada sebelah sayap nyamuk sekalipun. (*)

Tetapi,

dunialah juga yang selalu-selalu memberati fikiran dan dada-dada manusia. Termasuklah, –manusia ini…

Nah, lalu kita bagaimana?

(*)Rujuk Hadith sebelum.

_ _ _

“Aduhai, muhasabah lagi…”
#211013 ~ Laman Ta’leem, KICT | 50728.

[7] Nota hamba

Leave a comment

Ketika perut dan tekak terasa pedihnya lapar dan dahaga — minta diisi dengan makanan dan minuman.

Fikir ini juga selalu berharap agar diingatkanNya supaya sentiasa menyiapkan santapan berkhasiat buat Ruh yang juga ada kehendak lapar juga dahaganya.

Moga-moga tidaklah alpa.

Cukuplah ALLAH, sebaik-baik Yang Menjaga.

_ _ _

“nyaman dalam  dakapan Al-Hanan…”
#310813 ~ Taman Ilmu & Adab | 53100.

Mengasah bashirah

Leave a comment

"...pandangan mata yang di hati"

“…pandangan mata, yang di hati”

Yang terlebih penting bukanlah pada pedih musibah,

tetapi pada beratnya istighfaar.

Yang terlebih penting bukanlah pada hadiah bahagia,

tetapi pada mewahnya syukur.

Yang terlebih penting bukanlah pada lukanya derita,

tetapi pada ampuhnya sabar.

Yang terlebih penting bukan juga pada kisah pasrahnya jiwa,

tetapi pada menggapai yang ALLAH redha.

 

Kerana,

pada yang terlebih penting itulah terjemahan,

hakikat sebuah kehambaan.

[6] Nota hamba

Leave a comment

 

Bagi Mukmin, memang wajar kesabaran baginya. Namun, sabar bagi Mukmin itu tidaklah hanya bersabar dan statik.

Tetapi ia adalah,

bersabar — dan kesabaran itu mengubah dirinya menjadi lebih baik…

_ _ _

“Introspeksi …”
#200613 – Alor Star | 05000.

[5] Nota hamba

Leave a comment

Berusahalah sebaiknya memenuhi perintah ALLAH sebagaimana mahuNYA. Jika zikir itu perlu 3 kali, lunaskanlah.

Jangan pernah berkira dengan ALLAH, kerana ALLAH tidak lagi pernah berkira dengan udara yang teruntuk buatmu sejak dari hela nafas yang pertama.

Berusahalah, ALLAH Tahu…

_ _ _

“Belum pun menghitung, mengenangkan sahaja segala nikmatNYA telah pun lelah …”
#070613 – Taman Ilmu & Adab | 53100.