[8] Nota hamba

2 Comments

Kuat bukan kita, tabah juga bukan.

Tetapi,

saat ALLAH mengisi kuat & tabah di dalam jiwa. Kita upaya menjadi kuat & tabah, juga kerana ALLAH.

Pada ALLAH & untuk ALLAH, tiada kata patah asa walau sehanyut atau sejatuh manapun kita…

 

Saat kita berpaling kepada DIA, bermaksud… harapan dan kekuatan selalu ada. Tak akan pernah mati.

Hingga sampai waktu, nanti kita ‘pergi’…

_ _ _

“menikmati tawakkul…”
#290913 ~ Taman Harmonis | 53100.

Advertisements

[7] Nota hamba

Leave a comment

Ketika perut dan tekak terasa pedihnya lapar dan dahaga — minta diisi dengan makanan dan minuman.

Fikir ini juga selalu berharap agar diingatkanNya supaya sentiasa menyiapkan santapan berkhasiat buat Ruh yang juga ada kehendak lapar juga dahaganya.

Moga-moga tidaklah alpa.

Cukuplah ALLAH, sebaik-baik Yang Menjaga.

_ _ _

“nyaman dalam  dakapan Al-Hanan…”
#310813 ~ Taman Ilmu & Adab | 53100.

Mengasah bashirah

Leave a comment

"...pandangan mata yang di hati"

“…pandangan mata, yang di hati”

Yang terlebih penting bukanlah pada pedih musibah,

tetapi pada beratnya istighfaar.

Yang terlebih penting bukanlah pada hadiah bahagia,

tetapi pada mewahnya syukur.

Yang terlebih penting bukanlah pada lukanya derita,

tetapi pada ampuhnya sabar.

Yang terlebih penting bukan juga pada kisah pasrahnya jiwa,

tetapi pada menggapai yang ALLAH redha.

 

Kerana,

pada yang terlebih penting itulah terjemahan,

hakikat sebuah kehambaan.

Apabila ALLAH cinta…

Leave a comment

عَنْ  أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْـتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِى بِشَيْئٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْـتُهُ عَلَيْهِ ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبٌ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبُّهُ ، فَـإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ،

وَلَئِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيْذَنَّـهُ . (رَوَاهُ الْبُخَارِى)

“Daripada Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda RasuLullah saw : Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jall telah berfirman:

Sesiapa yang menyakiti waliKu , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya.

Dan hambaKu sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat (nawafil) sehingga Aku cinta kepadanya.

Maka, apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya.

Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya dan jika ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.”

[ Hadis Qudsi – Riwayat Imam Bukhari ]

[6] Nota hamba

Leave a comment

 

Bagi Mukmin, memang wajar kesabaran baginya. Namun, sabar bagi Mukmin itu tidaklah hanya bersabar dan statik.

Tetapi ia adalah,

bersabar — dan kesabaran itu mengubah dirinya menjadi lebih baik…

_ _ _

“Introspeksi …”
#200613 – Alor Star | 05000.

[5] Nota hamba

Leave a comment

Berusahalah sebaiknya memenuhi perintah ALLAH sebagaimana mahuNYA. Jika zikir itu perlu 3 kali, lunaskanlah.

Jangan pernah berkira dengan ALLAH, kerana ALLAH tidak lagi pernah berkira dengan udara yang teruntuk buatmu sejak dari hela nafas yang pertama.

Berusahalah, ALLAH Tahu…

_ _ _

“Belum pun menghitung, mengenangkan sahaja segala nikmatNYA telah pun lelah …”
#070613 – Taman Ilmu & Adab | 53100.

Hikmah waktu

Leave a comment

berlari tak henti...

“berlari tak henti…”

 

Waktu memotongku

Masa menebasku

aku luka dengan leka

Terhuyung mencari tempat berpaut

Manakah waktu yang ku isi dengan manfaat?

Manakah masa yang isinya keberkatan?

 

Bagai tiada terasa,

hanya dosa kian membeban

waktu tak berhenti mengalir

Tiada menanti, tak akan berpatah kembali!

 

Jiwa oh jiwa!

Kejar,

kejarlah waktu… dengan kebaikan.

Isi,

isilah masa… dengan sarat kebajikan.

 

basuhlah hanyir dosa dengan harum hasanah

Haruman hasanah…

Kan mewangikan sakinah

Yang kau terlalu ingin

saat ‘pergi’ nanti.

_ _ _

“Waktu bak pedang, jika kau tidak menggunakannya iakan memotongmu”~Hikam_Arab

[03.10.10]

Older Entries Newer Entries