[13] Nota hamba

Leave a comment

Dalam ehwal dunia, banding-banding dengan siapa yang di bawahmu…

semoga terinsafi.

Dalam ehwal akhirat, banding-banding dengan siapa yang di atasmu…

semoga ia motivasi.

_ _ _

” kerana dunia untuk akhirat…”
#Taman Ilmu & Adab| 53100.

[12] Nota hamba

Leave a comment

Saat DIA mengambil sesuatu daripadamu.

Sebetulnya,

DIA sedang menghulurmu sesuatu, sesuatu & sesuatu.

Amati.

_ _ _

” untuk ALLAH, mengambil maksudnya; adalah untuk DIA memberi lebih banyak…”
#Taman Ilmu & Adab| 53100.

Manfaat ujian…

1 Comment

penNotes

pesan berpesan untuk jiwa…

Bismillah.

Tinta hamba singgah sebentar di petang damai ini. Sekadar ingin mencoret-coret sedikit nota untuk ingatan sendiri tentang manfaat hadirnya ujian di celah-celah perjalanan kehidupan. Ujian yang dimaksudkan di sini adalah ujian musibah atau disebut juga — mehnah. Kerana, jangan lupa bahawa ujian berbentuk kesenangan juga sebenarnya  adalah ujian. Namun, pastinya kesan dan manfaatnya berbeza.

 

Di realiti kehidupan seharian, bila disebut kata ujian, biasa-biasanya orang akan merasa gentar dan resah untuk menghadapinya. Tidak kira ia ujian pertengahan semester di universiti atau sekolah, ujian memandu kereta atau apapun jenis ujian lainnya.

 

Begitu juga dengan kata ujian yang dimaksudkan di sini. Kalau tidak banyak, pasti sedikit akan tetap menghantar degupan gelisah di dalam jiwa seorang hamba yang fitrahnya rapuh. Tetapi, yakinlah tidak pernah ada sesuatu apapun yang ALLAH ‘Azza wa Jall izinkan berlaku itu bernilai sia-sia. Begitulah juga untuk kata mehnah.

 

Jika ingin menulis tentang manfaatnya mehnah, pastinya pelbagai. Namun, sedikit yang tercoret ini adalah yang sedang dan telah sedikit sebanyak ditekuni dan dihadami. Ringkasnya, hadirnya ujian (mehnah) adalah sebagai:

 

1) Cara ALLAH ‘Azza wa Jall mempamerkan kasih sayangNYA.

2) Kaffaratul Zanb – Peluang membersihkan ruh dan jiwa daripada kotor dosa.

3) Peluang meraih pahala bersabar.

4) Jalan untuk tambah mengenali si Pemberi ujian – ALLAH ‘Azza wa Jall.

5) Pelajaran tentang sabar dan redha.

6) Belajar memperkemaskan dan memewahkan do’a serta munajat.

7) Ruang muhasabah diri.

8) Peluang untuk membuktikan sikap sebagai hamba yang mukmin iaitu; bersangka baik kepada ALLAH ‘Azza wa Jall.

9) Waktu untuk menekuni dan meyakini bahawa – “kalau yang daripada ALLAH, semuanya adalah yang baik-baik sahaja.”

10) Fasa latihan untuk bersifat dengan sikap orang-orang yang menyandarkan segala urusan kepada ALLAH (bertawakkal).

11) Belajar bertenang walau seberat manapun ujian kerana diri tahu dan yakin akan jaminan ALLAH yang  tidak akan melontarkan ujian di luar kekuatan insan.

12) Wasilah mengakrab diri kepada ALLAH ‘Azza wa Jall (taqarrub).

13) Kesempatan memetik dan memaknai hikmah juga ‘ibrah.

14) Peluang mengislahkan  pelbagai sisi diri – terutamanya memperbaiki kualiti kehambaan kepada ALLAH ‘Azza wa Jall.

 

Kesemua manfaat ini termaktub dalam pelbagai skrip firmanNYA, juga terakam pada bait-bait sabda Junjungan shollallahu ‘alayhi wasallam. Apapun wajah mehnah yang datang menyapa, carilah dan jangan pernah berhenti meraih manfaat daripadanya. Kerana untuk para mukmin, di dunia ini kembarnya adalah ujian, ujian dan ujian.

Senyum.

Dan, teruslah memaknai dengan mata hati.

[11] Nota hamba

Leave a comment

Nilainya dunia tidaklah lebih berat daripada sebelah sayap nyamuk sekalipun. (*)

Tetapi,

dunialah juga yang selalu-selalu memberati fikiran dan dada-dada manusia. Termasuklah, –manusia ini…

Nah, lalu kita bagaimana?

(*)Rujuk Hadith sebelum.

_ _ _

“Aduhai, muhasabah lagi…”
#211013 ~ Laman Ta’leem, KICT | 50728.

Duniawi: Hanya sebelah sayap nyamuk?

Leave a comment

لَوْكاَنَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَناَحَ بَعُوْضَةٍ، ماَ سَقَى كاَفِرًا مِنْهَا شُرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia ini di sisi ALLAH bernilai setara dengan sebelah sayap nyamuk,  maka ALLAH tidak akan memberi minum seorang kafir dengan seteguk air pun  (kerana nilai dunia di sisi ALLAH tidak berharga sama sekali, sehingga orang-orang kafir pun diberikan keduniaan).”

[HR. At-Tirmidzi, disahihkan Al-Imam Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 940]

[10] Nota hamba

Leave a comment

Realitinya,

sesuatu yang perlu kita SYUKURI adalah sentiasa LEBIH banyak berbanding dengan apa yang perlu kita SABARkan.

Ragu-ragu? atau tidak percaya?

Cubalah mula mengira…

_ _ _

“Cara pandangmu adalah biasan jiwamu…”
#051013 ~ Laman Riadhah, Safiyyah| 53100.

[9] Nota hamba

Leave a comment

Pernahkah kita lupa untuk makan? lupa untuk minum? atau lupa untuk tidur?

Kalaupun pernah, mungkin jarang-jarang sekali, mungkin saja kerana ada hal-hal tertentu. Sebabnya, ia adalah sesuatu yang penting dan tidak biasa untuk dilupakan.

Tetapi pernahkah terfikir,

bagaimana pula kita sanggup untuk berkali-kali melupakan ALLAH,

yang terlebih penting daripada makan, minum, tidur dan segala isi dunia sekalipun,

dan lebih Tak selayaknya dilupakan?

_ _ _

“jeda di renda zikrullah…”
#011013 ~ Taman Ilmu & Adab| 53100.

[8] Nota hamba

2 Comments

Kuat bukan kita, tabah juga bukan.

Tetapi,

saat ALLAH mengisi kuat & tabah di dalam jiwa. Kita upaya menjadi kuat & tabah, juga kerana ALLAH.

Pada ALLAH & untuk ALLAH, tiada kata patah asa walau sehanyut atau sejatuh manapun kita…

 

Saat kita berpaling kepada DIA, bermaksud… harapan dan kekuatan selalu ada. Tak akan pernah mati.

Hingga sampai waktu, nanti kita ‘pergi’…

_ _ _

“menikmati tawakkul…”
#290913 ~ Taman Harmonis | 53100.

[7] Nota hamba

Leave a comment

Ketika perut dan tekak terasa pedihnya lapar dan dahaga — minta diisi dengan makanan dan minuman.

Fikir ini juga selalu berharap agar diingatkanNya supaya sentiasa menyiapkan santapan berkhasiat buat Ruh yang juga ada kehendak lapar juga dahaganya.

Moga-moga tidaklah alpa.

Cukuplah ALLAH, sebaik-baik Yang Menjaga.

_ _ _

“nyaman dalam  dakapan Al-Hanan…”
#310813 ~ Taman Ilmu & Adab | 53100.

Mengasah bashirah

Leave a comment

"...pandangan mata yang di hati"

“…pandangan mata, yang di hati”

Yang terlebih penting bukanlah pada pedih musibah,

tetapi pada beratnya istighfaar.

Yang terlebih penting bukanlah pada hadiah bahagia,

tetapi pada mewahnya syukur.

Yang terlebih penting bukanlah pada lukanya derita,

tetapi pada ampuhnya sabar.

Yang terlebih penting bukan juga pada kisah pasrahnya jiwa,

tetapi pada menggapai yang ALLAH redha.

 

Kerana,

pada yang terlebih penting itulah terjemahan,

hakikat sebuah kehambaan.

Older Entries